Klik La Disini!!

26 Nov 2015

KEK SARANG SEMUT CANTIK




Assalamualaikum...salam sejantera semua,alhamdulillah saya sudah jumpa resepi kek gula hangus ia menjadi cantik,bersarang dan sedap.sudah banyak resepi kek gula hangus yang saya cuba,resepi inilah yang betul-betul memuaskan.saya ambil dari kak yati sinar kehidupanku.





Resepi Oleh : Bonda Kak Nor
Rujukan : Kak Nor


1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla


Cara-Caranya
Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah sebati, sejukkan dan ketepikan dulu.
Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega.
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.
Kemudian ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau rata perlahan. Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit.. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.

**45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.

14 Nov 2015

ROTI LEMBUT GEBU



Terima kasih mas kerana berkongsi Roti lembut yang gebu ni.Mas ambil dari Anie Japri fb.











Roti Lembut Gebu
Dari :Mas duniaku
Sumber : Anie Japri FB

Bahan

500 G TEPUNG HIGH PROTIEN
250 ML AIR SEJUK PETI
1 BIJI TELUR
30G G SUSU TEPUNG
80 G BUTTER @MAJERIN
1 SUDU KECIL GARAM
85 GM GULA
1 PAKET YIS(11GM)

CARA: MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER. MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH. DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN. BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT.. MASA MEMBAKAR IKUT KEADAAN SUHU OVEN MASING2 Cara Mas ( Guna Mixer ) : Mas satukan semua bhn2 kering kecuali garam dalam bowl. Masukan butter / marjerin, putar perlahan sambil masukkan telur, garam dan air sejuk.. Tukar speed laju dan putar lagi hingga doh licin, kental . Masukkan doh kedalam mangkuk besar, tutup dengan kain bersih lembab dan biar doh naik lebih kurang 45 minit... Kluarkan, tumbuk2 dan uli doh sebentar menggunakan tangan dan terus bentukkan doh itu. Biarkan naik sekali lagi dan sapu kuning telur dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c. Kluarkan roti dan sapu marjerin.. Sedia dimakan..

3 Nov 2015

SERI MUKA @ PUTERI SALAD




Resepi kuih seri muka ni adalah dari chef Asma,saya ambil dari dapur Ayu curlybabies satisfaction.terima kak Ayu  kerana sudi berkongsi resepi ini.Ianya sangat-sangat sedap.







Bahan2 Lapisan Bawah:

:500g beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp garam haus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)-(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2".

Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
250 gm gula castor
100 mg tepung kastard
400 ml santan pekat
400 ml air
20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence-(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan
pewarna hijau- secukupnya

Cara2nya:-
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.

klik klik

Powered By Blogger