Klik La Disini!!

3 Nov 2015

SERI MUKA @ PUTERI SALAD




Resepi kuih seri muka ni adalah dari chef Asma,saya ambil dari dapur Ayu curlybabies satisfaction.terima kak Ayu  kerana sudi berkongsi resepi ini.Ianya sangat-sangat sedap.







Bahan2 Lapisan Bawah:

:500g beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp garam haus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)-(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2".

Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
250 gm gula castor
100 mg tepung kastard
400 ml santan pekat
400 ml air
20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence-(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan
pewarna hijau- secukupnya

Cara2nya:-
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

klik klik

Powered By Blogger