Klik La Disini!!

27 Sep 2015

CREAM PUFF





Cream Puff yang sangat lembut dan Cream custard yang lazat.

cream puff
Resepi :Zaliana@myresepi.com
Sumber : Tun Telani , Mas


Bahan2 :


125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Cara 2 :
Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
Selepas ia mula mendidih, perlahankan api paling kecil dan terus masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kacau.
Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Saya pukul guna mixer hingga adunan licin.
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.

**.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.

Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit.

Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.

Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...

Custard Filling

Resepi: kak Ida@1001resepi

Bahan2:
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
1 camca teh esen vanilla

Cara2nya
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

26 Sep 2015

DAGING MASAK HITAM











Sedapnya daging masak hitam ni,makan dengan nasi panas2.ramai dah mencuba resepi ini

Daging Masak Hitam


Resepi : Majalah Mingguan Wanita
sumber : Fotopages Ida Marlida
Dari : http://mamawandiha.blogspot.my/2012/02/daging-masak-hitam.html


Bahan2

1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Bahan Kisar

4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar


Cara

1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.


2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)













25 Sep 2015

PISANG GORENG RANGUP DAN SEDAP

Enaknya pisang goreng ini sangat rangup dan sedap.sangat berpuas hati.

sumber ;Elina Kitchen

2 cawan tepung beras
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur

1 sudu besar air kapur
3 sudu besar Kelapa parut
Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN
1. Satukan semua bahan kecuali air .
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan air lagi jangan terlalu cair dan jangan telalu pekat.
4. Perap selama 30 minit.
5. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.
*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dll

22 Sep 2015

TEPUNG PELITA




Rasanya rasanya  ramai yang dah mencuba resepi dari yani nihh . sedap bukan ? sekarang saya mahu kongsi bahan dan caranya di sini pula . selamat mencuba .

TEPUNG PELITA
by: Yani

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

 Lapisan bawah
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
sedikit air kapur
4 helai daun pandan di mesen dgn sedikit air

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata.
Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat
Bila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atai gelas kecil dan ratakan.
biarkan keras sebentar.

Lapisan Atas
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
secubit garam

Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam.
kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.
Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.


21 Sep 2015

RAINBOW CAKE


       Kek ini saya buat semasa hari jadi anak saya . kek ni sangat gebu  tau . anak anak saya  pun suka apabila melihat kek yang berwarna warni nih ! . Resepi asal ni dari MARHTA STEWARD dibuat secara langsung dlm martha show .resipi ni saya ambil dari zuraini alias

 RAINBOW CAKE
Rujukan : Zuraini Alias

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.


 Cream Cheese Frosting
Source :  Kak Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredient
250g Philadelphia cheese
125 butter
1 cup icing sugar- (Ayu used 1/4 cup)
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon- (Ayu used 1 lime juice)

Method
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

19 Sep 2015

MUSHROOM SOUP YG SEDAP





hari ini saya nak kongsi resepi mushroom soup yang seakan-akan dihidangkan di pizza hut..Sangat-sangat sedap sekali,


By : Minami 133

Rujukan : my resipi

BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum
Sedikit lada hitam ~ dikisar

CARA-CARA:
Potong ayam kecil2.
Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam.
Masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
Tambah perisa, garam dan ajinomoto
Sedia untuk di hidangkan bersama roti

17 Sep 2015

Donut Rima

  

tak tahu nak buat apa dengan kuning telur,baik buat donat yang sedap dan lembut ini.
Sumber:Kak Rima

Bahan-bahan :

500gm tepung roti
100gm gula halus
11gm instant yeast
4 biji kuning telur
200 ml air
100gm magerine / butter
1 sudu kecil garam

Cara membuatnya :

Ayak tepung kedalam mangkuk dan campurkan yis,
gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 minit hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
Salutkan donat dengan gula atau choc cair ikut selera.





16 Sep 2015

Ikan Tenggiri Masin Cili Api




















Ikan tenggiri masin goreng, pembuka selera sedap dimakan dengan nasi putih dan hidangan lain.

sumber;Elina Kitchen

Bahan  bahan

3 keping ikan tenggiri masin
1 labu bawang besar
7 biji cili api
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 tangkai daun sup
1 biji limau nipis(diambil jus)

Cara membuat
1-Panaskan minyak,goreng ikan tenggiri masin sehingga hancur
2-Masukkan bawang besar ,daun sup dan cili api
3-Goreng sebentar dan perah jus limau
4-Angkat boleh dihidangkan

TomYam Campur Fizo




        Emm Sedapnya tomyam campur, yg mudah,sedap dan ringkas,dari fizo omar.
Saya kongsi disini pulak ya.



                     

Sumber:Buku Air Tangan Fizo

 Bahan-Bahan:

2 potong peha ayam (dipotong kecil)
3 ekor sotong (dipotong)
5 ekor udang
4 biji cili padi
2 batang serai
1 inci lengkuas
5 helai daun limau purut
1 biji tomato
1 labu bwg besar
2 ulas bwg putih
2 sudu besar perencah tomyam
2 sudu besar susu cair
1 sudu sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar jus limau nipis
Garam,gula secukup rasa
1 sudu sos ikan
3 cawan air
sedikit bunga kubis
daun ketumbar
Cara Membuat:

1)Masukkan 3 cawan air ke dlm periuk
2)ketuk serai,halia,bawang putih dan masukkan ke dlm periuk.tunggu hingga mendidih
3)masukkan sotong,ayam dan udang ke dlm periuk dan masukkan bersama perencah tomyam,sos tomato,sos cili,susu cair dan daun limau purut.tunggu hingga semuanya empuk
4)barulah masukkan bwg besar,tomato dan garam,gula secukupnya rasa.kacau rata
5)tunggu berapa minit supaya rasanya sebati
6)kemudian masukkan air perahan limau nipis
7)masakan tersedia dihidang dan tambah sedikit daun ketumbar jika suka..












14 Sep 2015

Singgang Tulang Kelantan





Daging / singgang tulang memang sangat popular di kelantan.Bahan-bahan yg ringkas dan senang.Ianya sangat sedap dan menyelerakan dimakan dgn nasi putih ditambah lagi dgn ikan masin dan ulam-ulaman cicah dengan budu.

Sumber;Elina Kitchen

BAHAN-BAHAN : 

1 kg tulang /daging lembu
10 biji bawang merah kecil @ 1 biji bwg merah besar dihiris
4 ulas bwg putih hiris
1 1/2 inci halia diketuk
2 inci lengkuas diketuk
3 keping asam keping
1 1/2 -2 sudu biji ketumbar ditumbuk (jangan lumat)
cili kering 4 biji (rendam air panas sekejap dan ditumbuk, jangan lumat)
garam dan serbuk perasa

CARA-CARANYA:

1)masukkan tulang ke dalam periuk bersama air secukupnya,
   rebus hingga menggelegak dan surut kuahnya
2)masukkan bahan yg ditumbuk,ketuk dan hiris
3)tambah air dan garam, masak hingga empuk
4)boleh dihidangkan

8 Sep 2015

Resipi Pau yang Teramat Sedap





Hari ini saya buat Pau yang teramat sedap dan gebu.sangat berpuas hati dengan resipi ini.anak saya semuanya suka .sebelum ni saya ada juga buat pau dengan resipi lain ,tapi tak segebu yang ini.

Sumber :Dari duniaKu

RESEPI:

Bahan2:

2 1/2 cawan tepung high protein ( saya guna tepung gandum
1 sudu kecil yis
4 sudu besar gula ( saya guna 2 sudu besar gula)
2 sudu besar susu ( saya tambah)
1 sudu besar minyak sayur ( sy guna shortening)
1 sudu kecil softner ( saya guna dough softner)
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan air suam ( saya tambah sedikit ketika menguli)

Cara -caranya

Campur susu dan gula dgn air suam.kacau hingga gula hancur dan masukkan yis.kacau then biarkan about 8-10 minit - sehingga yis kembang berbuih.
Sementara tunggu bahan yis kembang, satukan bahan lain dan gaul hingga mesra
Setelah yis kembang, masukkan dlm bahan kering tadi.
Uli hingga doh elastik. Kalau ikut resepi asal 1/2 cawan air tu adunannya agak keras dan sukar dan liat utk diuli tangan. Jadi saya tambah sedikit lagi air ketika dalam prosess menguli adunan. (proses uli take about 8-10 minit. Lagi lama lagi bagus.Tapi saya buat dlm 10 minit je..
Bila adunan dah lembut dan elastik tutup bekas adunan dan biarkan naik 2 kali ganda.( saya masukkan dlm oven yang sy dah preheat awal 2. bio kan dlm oven tu dlm 15-20 mnt sbb sy malas nak tunggu lama...
Bila adunan dah naik...uli lagi nak bg angin keluar tp ni uli2 mesra je...takyah briya sangat...
Lepas tu boleh la bulatkan dan isi inti kegemaran dengan saiz pau pilihan masing
Biarkan lagi pau tu mengembangkan dirinya selama 15-20 minit ( sama prosess nak kembangkan adunan..saya masukkan balik dlm oven td..)
Kukus pau selama 7-10 minit...kalau nak buat frozen kukus pau dlm 5 mnt sahaj...angkat..dah sejuk masukkan dlm plastik letak kat bahagian feezer. bila nak makan kukus je terus 3-5 mnt..


INTI KACANG MERAH
Resepi Oleh : Auntie Ah Khoon
Di kongsikan Oleh : Dapurzitah

1 kg kacang merah besar ~ basuh bersih dan rendam sebentar
1700 ~ 2000 gm gula pasir ~ manis bergantung pada selera, lebih gula inti tahan lebih lama
1 kg minyak jagung
garam secukup rasa
Tepung gandum secukupnya
1 helai daun pandan ~ di simpul

Cara caranya:

Kacang yang kita dah rendam tadi cuci bersih
Rebus kacang hingga mendidih.
Tutup api dan biarkan periuk bertutup selama 2 hingga 3 jam. Anda akan dapati kacang akan mengembang besar.
Rebus semula hingga kacang lembut
Bila kacang dah lembut angkat biarkan sejuk sebentar. Air rebusan jangan buang ia di gunakan untuk kisar kacang
Bila dah sejuk, kisar kacang dengan air rebusan (jangan banyak ya, sekadar untuk kisar kacang) dan kisar kacang hingga halus
Masukkan kacang dan daun pandan ke dalam kuali, Kacau sampai mendidih
Kemudian masukkan gula
Lepas tu masukkan garam halus secukup rasa lemaknya.
Bila dah mendidih , berkilat dan sebati, masukkan minyak
Kacau sampai minyak betul-betul sebati dengan kacang
Biarkan ia mendidih dan agak likat
INGAT! guna api yang kecil sahaja supaya kacang tidak hangit.
Kacang yang hangit akan memberikan aroma dan rasa yang kurang enak
Sentiasa kacau jangan sampai berkerak
Kemudian ambil tepung gandum anggaran 1/2 cawan dan ayakkan atas adunan kacang sambil sebelah tangan lagi mengacau
Ayak tepung sikit-sikit sambil di kacau
Bila adunan tidak melekat pada kuali atau mula melekang dari kuali, maka masaklah inti kacang ni tadi
Bolehlah tuang dalam bekas dan sejukkan
Simpan dalam peti ais ( Chiller ) untuk tahan lama


7 Sep 2015

Roti Hamlet




Assalamualaikum,hari ini sy nak share resepi roti hamlet yg sangat sedap . sesuai buat juadah makan pagi dan petang

sumber;Elina Kitchen

ROTI HAMLET


Bahan2nya..

- Roti hotdog dibelah 2 (jangan sampaI putus)
-kaya
-Mentega
-telur


Cara2nya..
1 - Panaskan kuali leper dgn mentega..
2 - Pecahkn telur & kacau dalam mangkuk
3 - Tuangkan telur keatas kuali leper..
4 - Letak 1 Roti Hotdog - 1 biji telur utk 1 Roti Hotdog..angkat dan sapu dengan kaya.
















6 Sep 2015

Roti Jala Sedap Dan Lembut



         



Asslamualaikum ,hari ini sy nak share resepi roti jala yang tetap lembut walaupun
seharian .
Sy copy dari Blog http://mas-dapurmas.blogspot.my/2015/07/resepi-roti-jala-yang-lembut-sedap.html





Bahan :
~ Anggaran 10-15 orang ( 48 - 50 keping )
500 g tepung gandum
1 camt garam
1 camt pewarna kuning
500 ml susu segar
3 biji telur
550 ml air
- sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air 2 camb minyak




Cara : Blend semua bahan2 hingga sebati
. Tuang kedalam mangkuk besar
. Biarkan adunan selama 10 - 50 minit.
Panaskan kuali leper ( non stick pan ) yang tidak melekat atas api sederhana Kacau cedok adunan guna acuan roti jala dan bermula dari bulatan luar
, pusingkan acuan kira-kira 6 - 8 cm di atas kuali.
Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala
. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan.
Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.

klik klik

Powered By Blogger