Klik La Disini!!
18 Okt 2015
IKAN CENCARU SUMBAT GORENG
Assalamualaikum.....hari ni saya nak kongsi ikan cencaru sumbat yang terlalu senang nak disediakan dan bahan-bahan mudah didapati di dapur kita.,dari Elina Kitchen.
Bahan -bahan
2 ekor ikan cencaru
3 biji cili merah
3ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 labu bawang merah
3 helai daun limau purut
Sedikit air asam jawa
sedikit belacan
garam
gula
Cara-caranya
Bersih ikan cencaru dan dibelah belakang,lumurkan ikan cencaru dengan garam dan kunyit.
tumbuk bawang besar, bawang putih ,cili merah ,belacan ,daun limau purut,halia, garam dan gula.
tumbuk jangan sampai lumat.kalau nak senang blender sahaja jangan lumat campur dengan air asam jawa gaul rata
masukkan bahan tumbuk ke bahagian belakang ikan cencaru.goreng hingga garing.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan