Klik La Disini!!

15 Okt 2015

KARI TELUR REBUS


Assalamualaikum ,hari ni saya masak ringkas-ringkas aje iaitu kari telur ayam,sesiapa yang tiada idea nak masak apa boleh cuba resipi ini saya ambil dari dapur mat gebu.saya kongsi di sini pulak ya.

SUMBER; Dapur Tanpa Sempadan


BAHAN-BAHANNYA :-)

6 - 8 biji telur, direbus dan kupas
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ayam Maggi (optional)
1/2 cawan santan
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar rempah kurma
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya


BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)

6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
2 biji cili merah


CARA MEMBUATNYA :-)

Bancuh bahan2 kisar halus, rempah kari dan rempah kurma dan kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga layu perang. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan), kacau dan biar mendidih. Masukkan telur rebus, asam gelugor dan kiub ayam (hancurkan). Kacau rata dan masak sekejap. Tuang santan, kacau perlahan dan biar mendidih.
Masukkan cili merah dan hijau. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih perlahan selama 5 - 6 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng. Boleh juga dicicah lempeng atau roti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

klik klik

Powered By Blogger