Klik La Disini!!
3 Okt 2015
NASI MINYAK RINGKAS
Sesiapa teringin makan nasi minyak boleh cuba resipi ini.Penyediaanya yang amat mudah dan ringkas.yang penting sedap.
Resipi;Elina Kitchen
Bahan-bahan
1/2 kilo beras basmathi ( basuh dan rendam 2 jam )
31/4 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 sudu minyak sapi/mentega
1 sudu minyak
2 helai daun pandan[dikoyak dan simpul]
garam dan gula secukup rasa
pewarna kuning
Bahan Menumis
3 biji bawang merah [dihiris]
2ulas bawang putih[dihiris] 1 inci halia[dihiris]
1 inci halia
1/2 btg kulit kaya manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara-cara
1.Panaskan minyak sapi/mentega ,minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2.Masukkan air ke dalam rice cooker dan bahan tumisan biar mendidih.
3.Setelah air mendidih masukkan beras,daun pandan,susu cair dan ,campurkan garam dan gula secukup rasa.
4.Masak macam nasi biasa.
5.Apabila nasi hampir kering,titiskan pewarna kuning.
6.Biarkan sehingga nasi masak dan kering.kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata.
7. Boleh dihidangkan.
Hiasan .bawang goreng.
Tambahan .kismis jika suka masuk dlm nasi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan